Tuesday, 28 July 2020

UNTUNG KE INVEST DALAM UNIT TRUST NIE?


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Ramai tertanya-tanya soalan nie.

"Untung ke invest dalam Unit Trust nie?"

Actually boleh je untung tapi kena SABAR la.

Biasanya saya akan advice client untuk tunggu at least 3 tahun untuk capai TARGET.

Since most of my client is using EPF, so the strategy is different.

EPF nie boleh invest setiap 90 hari dari "last disbursed date". Make sure korang invest lagi kalau layak.

Ada kes client tak nak invest lagi sebab harga tengah RENDAH.

Padahal kita nak turunkan AVERAGE COST PER UNIT dia.

Kalau client invest sekali pastue masa tue harga tengah HIGH, lambat la nak MAKE PROFIT kalau tak nak invest lagi.

Sebab salah satu strateginya adalah kurangkan AVERAGE COST PER UNIT.

So selain kena SABAR kena DENGAR CAKAP konsultan korang gak.

Takde lagi konsultan yang nak client dia rugi. Kalau ada kena hantar dia pegi Tanjung Rambutan 😜

Nie bila harga RENDAH pegi redeem sebab kononnya tak nak rugi.

Ingat nie STOCK MARKET ke???

Terlupa plak. Paling penting kena TRUST konsultan korang. Dah nama pun Unit Trust 😄

So kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan Unit Trust nie, carilah konsultan yang tahu apa yang dia buat.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

P/S : Nie contoh salah seorang "abandoned" client yang dah "make profit" walaupun masa saya "take over" investment dia tengah "loss" 😊

#UntungKeInvestDalamUnitTrust
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Friday, 24 July 2020

KENA BAYAR SAMPAI UMUR 70 KE?


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Since ASB Financing(ASBF) tenure sekarang dah sampai umur 70, ada yang tanya kena bayar sampai umur 70 ke?

Mestilah tak.

ASBF nie biasanya kita guna untuk short to medium term je.

Untuk yang baru keje, biasanya nak kumpul duit untuk deposit rumah or nak kawin.

Untuk yang dah ada family, biasanya boleh guna untuk settlekan personal loan or settlekan hutang rumah dengan lebih cepat.

Ada jugak yang buat as "forced saving" sebab bila simpan duit sendiri je mesti abis 😄

Bila dah capai target korang, terminate je la ASBF korang.

ASBF nie tak macam rumah. Nak kena cari buyer baru boleh jual.

So kalau nak beli rumah tapi DSR tak lepas boleh je terminate ASBF korang.

Or kalau nanti OPR naik balik & rate jadi tinggi, boleh refinance or terminate je.

Itulah kelebihan ASBF compare dengan financing yang lain.

Exit plan ASBF tak sekompleks rumah, personal loan & kereta.

Dan takde lagi kes muflis sebab ASBF ☺

So kepada yang masih ada persoalan pasal ASBF, boleh la tanya saya.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

P/S : Throwback gambar masa 1st time bagi talk depan cikgu sekolah 😎

#KonsepASBF
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Wednesday, 22 July 2020

BASIC SUM COVERED(BSC)


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Pernah dengar istilah nie tak?

Kalau korang penah baca polisi takaful korang mesti ada tulis berapa BSC korang.

Untuk produk "investment linked" atau biasanya yang melibatkan medical card, saya pasti ramai yang terlepas pandang pasal BSC nie.

Ramai yang hanya fokus pada coverage untuk medical card sedangkan BSC nie jauh lebih penting.

Sebab apa BSC lebih penting?

Untuk makluman, BSC nie cover untuk kematian(death) & hilang upaya kekal(total permanent disability).

Minimum kena cover 10 tahun income korang. Katalah income korang 5K sebulan. So setahun 60K. 10 tahun jadilah 600K.

Kalau kurang dari nie maksudnya polisi korang UNDERCOVERED.

Boleh tambah polisi lain untuk cukupkan BSC 600K. Sekarang dah ada produk "standalone life takaful". Lagilah mudah untuk korang.

Banyak yang saya jumpa client ada medical card limit sampai sejuta tapi BSC cover 20K je.

Padahal sepatutnya BSC nie kena minimum 10 tahun income korang.

So boleh la cek polisi masing-masing berapa je BSC korang.

Nak saya tolong review pun boleh 😊

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#BasicSumCovered
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Sunday, 19 July 2020

LITER YANG SAMA, POIN YANG BERBEZA


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tadi bila isi minyak baru perasan Petronas dah tak bagi 3x poin macam sebelum nie.

Actually biasanya isi guna Setel. So tak cek sangat berapa poin dapat.

Bila cek tadi baru tau isi guna Setel lagi banyak poin 😂

Contoh isi 10 liter bayar kat kaunter or guna credit card dapat 10 poin.

Kalau isi guna Setel dapat 19 poin 😍😍😍

Lagi UNTUNG kan?

Pastue yang baru nak register kalau isi rm30 akan dapat FREE rm5 !

Tapi kena masukkan code nie masa register
➡ p94ts
➡ p94ts
➡ p94ts

Kalau tak masukkan tak dapek den nak nolong...

Semoga bermanfaat.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#Setel
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Wednesday, 15 July 2020

MARKET WILL ALWAYS RECOVER


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Penah dengar kata-kata nie tak?

Mesti penah kan?

Tapi ramai tak percaya pun.

Saya selalu pesan kat client saya, invest dalam unit amanah nie at least 5 years.

Kalau invest guna EPF akaun 1, make sure invest setiap 3 bulan.

Supaya boleh reduce AVERAGE COST PER UNIT(ACPU)

Contoh masa mula-mula invest harga seringgit. Lepas 3 bulan, harga turun jadi 80 sen. So bila invest lagi masa harga 80 sen, ACPU korang jadi lebih rendah dari seringgit.

So lebih cepat BREAKEVEN & MAKE PROFIT 😊

Nak citer sket pasal fund nie. Nie antara fund FAVOURITE saya.

Client saya yang invest dalam fund nie mostly dah MAKE PROFIT at least 10% masa awal tahun 2020.

Tanpa disangka, negara dilanda COVID-19 & PKP dilaksanakan.

Market seluruh dunia jatuh teruk. So harga fund nie pun drop laju je.

Masa nie sape yang invest & topup confirm akan tersenyum sekarang 😄

Hari nie market dah recover & harga fund nie dah naik mencanak ke almost HIGH.

Sesuai ke nak invest sekarang?

Bila-bila pun sesuai yang penting STRATEGI kena betul.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#MarketAlwaysRecover
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Tuesday, 14 July 2020

MANA SATU PILIHAN ANDA(WAWASAN 2020 VERSION)


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Bayangkan korang berada dalam 2 situasi di bawah(sambil pejamkan mata 😂)

Situasi 1 ➡ Bayar 787 untuk ASB Financing(ASBF) 200K setiap bulan selama setahun

Monthly = 787

Yearly = 787 x 12
            = 9,444

Let say dividen + bonus ➡ 5.5%

Dividen = RM 11,000

Principal = 200K - 197,720
                 = RM 2,280

Total Cash = 11,000 + 2,280
                    = RM 13,280

Nett Profit = 13,280 - 9,444
                    = RM 3,836

Situasi 2 ➡ Simpan 787 setiap bulan dalam akaun ASB selama setahun

Monthly = 787

Yearly = 787 x 12
            = 9,444

Let say dividen + bonus ➡ 5.5%

Dividen = RM 281.35

Principal = not available

Total Cash = 9,444 + 281.35
                    = RM 9,725.35

Nett Profit = 9,752.35 - 9,444
                    = RM 281.35

Okay sekarang dah boleh bukak mata 😜

Dalam kedua-dua situasi di atas, kita menggunakan modal yang sama iaitu 787 sebulan.

Tapi dengan hanya menggunakan ASBF, korang bukan hanya dapat menikmati jumlah DIVIDEN yang lebih tinggi tapi NETT PROFIT yang berkali ganda berbanding simpan setiap bulan dalam ASB.

So korang pilihlah mana yang TERBAIK untuk korang.

Situasi 1 atau 2?

Mana SATU pilihan anda???

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

Disclaimer : Post ini hanyalah pendapat PERIBADI penulis. Tidak ada kena-mengena dengan pihak ASNB atau mana-mana institusi kewangan.

#ManaSatuPilihanAnda
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Sunday, 12 July 2020

TEKAN-TEKAN JE SETEL(PART 1)


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Hari nie saya nak share pasal 1 app yang sangat AWESOME.

Sangat memudahkan korang yang pakai kete. 

Biasa kan bila kita tengah drive, tiba-tiba lampu minyak menyala. Kena la isi minyak kan? 

Mana nak cari petrol station nie?

Senang je. Search guna apps nie je !

Boleh tengok kat gambar. 

App nie akan tunjukkan stesen petrol terdekat dengan korang.

Klik je "Go to station"

Dia akan terus Waze ke stesen tue.

Senang je kan?

Boleh masukkan code nie untuk dapat FREE rm5 lepas korang isi minyak rm30 ➡ p94ts

Tekan link nie lagi senang
https://www.setel.my/ref/p94ts

Semoga bermanfaat.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#Setel
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Wednesday, 8 July 2020

SUMBANGAN TAKAFUL VS BAYARAN PREMIUM


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Actually dah lama nak tulis pasal nie since ramai yang rasa takaful dengan insurance nie sama je.

Kononnya takaful nie hasil "islamisasi" insurance 😂

Betul ke?

Jom kupas satu persatu.

Bila korang join insurance, korang akan jadi pemegang polisi(policy holder) sedangkan untuk takaful kita panggil peserta(participant).

Sebab apa peserta?

Sebab korang jadi salah seorang penyumbang kepada tabung takaful(takaful pool).

Kalau insurance korang bayar direct ke company insurance.

Next, duit dalam tabung takaful tue HANYA boleh dilabur ke dalam dana yang patuh syariah.

Kalau insurance plak boleh melabur kat mana-mana dana yang ada tak kesah patuh syariah ke tak.

Apa jadi bila ada claim?

Untuk takaful, claim akan dibayar dari tabung takaful tadi. Sumbangan korang sekali la ada dalam tue. Secara tak langsung, kita membantu orang lain yang memerlukan.

Kalau insurance, company akan bayar direct dari company.

Saya tak nak sentuh pasal hukum dalam posting nie. Just berharap fahamilah konsep takaful sebelum kita samakannya dengan insurance.

Beza bagai langit dengan bumi kot 😄

Harap post nie membantu korang memahami beza antara takaful dengan insurance.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#TakafulVSInsurance
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Tuesday, 7 July 2020

OPR TURUN : NAK SIMPAN KE NAK BELANJA?


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Seperti dijangka, BNM turunkan OPR ke paras terendah iaitu 1.75%. Melihat trend penurunan sejak awal tahun 2020, boleh dikatakan ekonomi negara terkesan akibat COVID-19.

Ketika PKP dilaksanakan, banyak sektor yang terkena tempiasnya. Kesannya boleh dilihat pasca PKP. Ada yang terpaksa menutup operasi kedai mereka.

Berbalik kepada persoalan, nak simpan ke nak belanja?

Since ramai yang menikmati moratorium sejak April lalu, pasti ada lebihan wang setiap bulan.

Korang simpan ke belanja duit tue?

Kalau korang simpan baguslah tapi tak tercapai la objektif penurunan OPR 😂

Kalau korang belanja baguslah tapi korang still kena simpan untuk masa depan.

Nak tak saya share cara berbelanja sambil menyimpan?

Salah satu caranya adalah melalui ASB Financing(ASBF).

Kenapa ASBF?

Sebab walaupun korang bayar setiap bulan kat bank tapi bulan 1 nanti dapat DIVIDEN.

So win-win situation la.

Menyimpan sambil merangsang ekonomi negara 😊

Setuju?

Kalau tak setuju pun takpe la. Saya hanya bagi cadangan je.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#LowestOPRInHistory
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Sunday, 5 July 2020

BUILD YOUR OWN RETIREMENT FUND


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Hari nie saya nak share pasal tabung "pencen" plak.

Untuk korang yang bekerja secara umumnya akan pencen masa umur 55 tahun.

So bila dah pencen kena la ada duit untuk belanja kan?

Ada EPF? Takkan nak abiskan duit EPF korang plak 😂

Sebaiknya jangan keluarkan semua duit EPF bila korang pencen nanti sebab confirm akan habis tak sampai setahun.

Better ada satu lagi tabung pencen.

Boleh simpan dalam PRS. Sebab PRS nie memang dicipta untuk pencen.

Nama pun "Private Retirement Scheme" aka Skim Persaraan Swasta.

Boleh start dengan simpan 100 sebulan. Kalau ada lebih boleh topup anytime je.

Untuk yang declare income tax, boleh claim tax relief untuk PRS gak 😊

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#RetirementFund
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Saturday, 4 July 2020

HOW TO INVEST CASH IN UNIT TRUST?


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Since ada yang tanya pasal cara invest cash sedebuk dalam unit amanah, saya share "basic rules" yang boleh korang ikut.

Paling penting duit yang korang nak guna tue bukan duit dari "reserve fund" korang. Hanya guna duit extra yang korang dah asingkan untuk melabur.

Pastue make sure korang beli masa harga on "lower side". Sebab korang invest lumpsum. Kalau guna RSP or EPF boleh "reduce average cost per unit".

Tetapkan berapa target korang. Katalah 10%. Kiralah harga naik sampai berapa baru dapat 10%. 

Bila dah capai target, boleh la "exit. Pastue boleh la invest dengan modal yang lebih besar.

Kalau rasa susah, bagi saya manage je la 😜

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#HowToInvestCash
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Friday, 3 July 2020

NAMPAK SAMA TAPI TAK SERUPA


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

✅ Saya SIMPAN 818 sebulan dalam ASB selama 12 bulan

✅ Bila ASNB announce dividen + bonus 5.5%, saya dapat dividen RM292.44

✅ Saya BAYAR 818 sebulan untuk ASBF 200K selama 12 bulan

✅ Bila ASNB announce dividen + bonus 5.5%, saya dapat dividen RM11,000

Nampak SAMA tapi tak SERUPA !

✅ SIMPAN 818 sebulan dalam ASB lepas setahun ada RM 9,816 tapi dapat dividen RM292.44 je

✅ BAYAR 818 sebulan untuk ASBF 200K total bayar 9,816 tapi dapat dividen RM11,000 + principal RM 2,145

Nampak SAMA tapi tak SERUPA !

✅ Saya SIMPAN lumpsum 9,816 dalam ASB selama 12 bulan(setahun)

✅ Bila ASNB announce dividen + bonus 5.5%, saya dapat dividen RM539.88

✅ Saya BAYAR lumpsum 9,816 untuk ASBF 200K selama 12 bulan

✅ Bila ASNB announce dividen + bonus 5.5%, saya dapat dividen RM11,000 + principal RM 2,145

Nampak SAMA tapi tak SERUPA !

So nak SIMPAN ke nak BAYAR? 😜

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

Disclaimer : Post ini hanyalah pendapat PERIBADI penulis. Tidak ada kena-mengena dengan pihak ASNB atau mana-mana institusi kewangan.

#NampakSamaTapiTakSerupa
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Thursday, 2 July 2020

NEW ASBF #PKPP PROMO 3.85%


(Normal Rate 4.2% 😱)
ASBF 200K - 818
ASBF 150K - 613
ASBF 100K - 409
*Max tenure 40 YEARS !!!

Term & Conditions
✅ Minimum 100K
✅ LIMITED TIME ONLY !
✅ Apply dengan saya 😜

https://www.wasap.my/601114372559/SayaNakPKPPPromo3Point85

Wednesday, 1 July 2020

MY OFFICIAL BLOG


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Finally able to have my own blog for financial sharing. I have been sharing about financial on Facebook since 2016. Started with ASB Financing(ASBF) then followed with Unit Trust(UT) & Private Retirement Scheme(PRS).

I have a mission to educate as many people as possible about financial education. I have seen how my own family was scammed due to lack of knowledge about financial. The only way to avoid it is to have enough knowlegde about legal investment in Malaysia.

For example, if someone offer you an investment which give you high monthly return, you should ask whether they have the permission from Bank Negara first. If not, usually it wil be 99% scam.

Many of us usually take for granted where we invest our money. We should know what is our goal & when to exit. If not, it will be a gambling game.

I hope this blog will give benefit to all of you. One day, i hope to see our society become a financially educated society.

Thank you for your time.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

DIVIDEN 4.25%? BERBALOI KE BUAT ASBF?

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Kecoh hari nie di Facebook lepas ASNB announce dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Seperti biasa, p...