Wednesday, 8 July 2020

SUMBANGAN TAKAFUL VS BAYARAN PREMIUM


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Actually dah lama nak tulis pasal nie since ramai yang rasa takaful dengan insurance nie sama je.

Kononnya takaful nie hasil "islamisasi" insurance 😂

Betul ke?

Jom kupas satu persatu.

Bila korang join insurance, korang akan jadi pemegang polisi(policy holder) sedangkan untuk takaful kita panggil peserta(participant).

Sebab apa peserta?

Sebab korang jadi salah seorang penyumbang kepada tabung takaful(takaful pool).

Kalau insurance korang bayar direct ke company insurance.

Next, duit dalam tabung takaful tue HANYA boleh dilabur ke dalam dana yang patuh syariah.

Kalau insurance plak boleh melabur kat mana-mana dana yang ada tak kesah patuh syariah ke tak.

Apa jadi bila ada claim?

Untuk takaful, claim akan dibayar dari tabung takaful tadi. Sumbangan korang sekali la ada dalam tue. Secara tak langsung, kita membantu orang lain yang memerlukan.

Kalau insurance, company akan bayar direct dari company.

Saya tak nak sentuh pasal hukum dalam posting nie. Just berharap fahamilah konsep takaful sebelum kita samakannya dengan insurance.

Beza bagai langit dengan bumi kot 😄

Harap post nie membantu korang memahami beza antara takaful dengan insurance.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

#TakafulVSInsurance
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

No comments:

Post a Comment

DIVIDEN 4.25%? BERBALOI KE BUAT ASBF?

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Kecoh hari nie di Facebook lepas ASNB announce dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Seperti biasa, p...