Friday, 14 August 2020

REBRANDING OF ASNB FIXED PRICE UNIT TRUST


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Walaupun dah almost 2 years ASNB buat "rebranding" still ada yang tak tau pasal nie.

Ceritanya begini.

ASNB ada 2 jenis dana, harga tetap & harga berubah.

Hari nie saya nak share pasal yang harga tetap je.

Contoh dana harga tetap macam Amanah Saham Bumiputera(ASB) & Amanah Saham Didik(ASD).

Lepas tue lahir plak Amanah Saham Bumiputera 2(ASB 2).

Tapi ASB, ASD & ASB 2 nie khusus untuk Bumiputera je.

Kemudian ada lagi dana harga tetap yang semua rakyat Malaysia boleh masuk macam Amanah Saham Malaysia(ASM) & Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020).

Lepas tue baru lahir Amanah Saham 1Malaysia(AS1M).

ASM, ASW2020 & AS1M nie ada kuota untuk Bumiputera walaupun non-Bumiputera boleh masuk. Biasanya kuota non-Bumiputera mesti abis punya 😄

Since orang selalu confuse dana mana untuk Bumiputera je & dana mana untuk semua rakyat Malaysia, ASNB buat la penjenamaan semula nama dana-dana nie.

So jadi 2 je. Amanah Saham Bumiputera & Amanah Saham Malaysia.

Dana yang bertukar nama cuma 3.

Amanah Saham Didik(ASD) ➡ Amanah Saham Bumiputera 3 - Didik(ASB 3 Didik)

Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020) ➡ Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan(ASM 2 Wawasan)

Amanah Saham 1Malaysia(AS1M) ➡ Amanah Saham Malaysia 3(ASM 3)

Yang lain masih guna nama yang sama.

Itulah serba sedikit cerita tentang dana harga tetap ASNB.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

Disclaimer : Post ini hanyalah pendapat PERIBADI penulis. Tidak ada kena-mengena dengan pihak ASNB atau mana-mana institusi kewangan.

#ASNBRebranding
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

Tuesday, 4 August 2020

RUGI AMIK SHORT TENURE...


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dah lama tak jumpa kes camnie...

Client amik tenure pendek walaupun layak tenure lebih panjang.

Apapun alasannya saya still tak setuju.

Sebab modal yang korang bayar untuk short tenure tue boleh bayar jumlah ASBF yang jauh lebih besar.

Contohnya begini. Katalah korang layak max tenure 40 tahun tapi korang amik tenure 20 tahun je.

"Lama sangat nak bayar sampai 40 tahun..."

Ramai yang fikir camnie kan?

Sape suruh bayar sampai 40 tahun?

Kan boleh terminate lebih awal.

Okay back to topic.

Berapa kena bayar kalau amik tenure 20 tahun untuk ASB Financing(ASBF) 200K?

RM 1,170+ (rujuk gambar)

Berapa plak kena bayar kalau amik max tenure 40 tahun?

RM 787+ (rujuk gambar)

Beza dalam RM 383+. Boleh buat bayar ASBF dalam 100K 😄

Sebab tue saya kata RUGI buat short tenure.

Tapi kalau nak buat gak, sukati korang la...

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

Disclaimer : Post ini hanyalah pendapat PERIBADI penulis. Tidak ada kena-mengena dengan pihak ASNB atau mana-mana institusi kewangan.

#ShortTenureASBF
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

DIVIDEN 4.25%? BERBALOI KE BUAT ASBF?

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Kecoh hari nie di Facebook lepas ASNB announce dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Seperti biasa, p...