Friday, 14 August 2020

REBRANDING OF ASNB FIXED PRICE UNIT TRUST


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Walaupun dah almost 2 years ASNB buat "rebranding" still ada yang tak tau pasal nie.

Ceritanya begini.

ASNB ada 2 jenis dana, harga tetap & harga berubah.

Hari nie saya nak share pasal yang harga tetap je.

Contoh dana harga tetap macam Amanah Saham Bumiputera(ASB) & Amanah Saham Didik(ASD).

Lepas tue lahir plak Amanah Saham Bumiputera 2(ASB 2).

Tapi ASB, ASD & ASB 2 nie khusus untuk Bumiputera je.

Kemudian ada lagi dana harga tetap yang semua rakyat Malaysia boleh masuk macam Amanah Saham Malaysia(ASM) & Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020).

Lepas tue baru lahir Amanah Saham 1Malaysia(AS1M).

ASM, ASW2020 & AS1M nie ada kuota untuk Bumiputera walaupun non-Bumiputera boleh masuk. Biasanya kuota non-Bumiputera mesti abis punya 😄

Since orang selalu confuse dana mana untuk Bumiputera je & dana mana untuk semua rakyat Malaysia, ASNB buat la penjenamaan semula nama dana-dana nie.

So jadi 2 je. Amanah Saham Bumiputera & Amanah Saham Malaysia.

Dana yang bertukar nama cuma 3.

Amanah Saham Didik(ASD) ➡ Amanah Saham Bumiputera 3 - Didik(ASB 3 Didik)

Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020) ➡ Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan(ASM 2 Wawasan)

Amanah Saham 1Malaysia(AS1M) ➡ Amanah Saham Malaysia 3(ASM 3)

Yang lain masih guna nama yang sama.

Itulah serba sedikit cerita tentang dana harga tetap ASNB.

Sekian.

YOUR FINANCIAL DOCTOR
Syed Muhammad Fahmi

Disclaimer : Post ini hanyalah pendapat PERIBADI penulis. Tidak ada kena-mengena dengan pihak ASNB atau mana-mana institusi kewangan.

#ASNBRebranding
#YourFinancialDoctor
#UncleMi

No comments:

Post a Comment

DIVIDEN 4.25%? BERBALOI KE BUAT ASBF?

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Kecoh hari nie di Facebook lepas ASNB announce dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Seperti biasa, p...